UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985-496X
Main Author :Abdullah Ariza, Abdul Jabar Mohd Azidan, Mustapha Nik Farhan, Toklubok@Hajimaming Pabiyah,
Title :Menangani cabaran wanita melalui kajian wacana hadis nabawi (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Wanita pada zaman globalisasi menghadapi pelbagai cabaran intelektual dan fizikal yang memerlukan kerjasama daripada masyarakat dan sokongan pelbagai institusi demi membawa perubahan positif ke dalam masyarakat itu sendiri. Artikel ini bertujuan untuk menampilkan solusi yang dianjurkan oleh Islam melalui apa yang diwarisi melalui Rasulullah SAW sebagai model melalui bahasa hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat baginda terutamanya para wanita zaman itu sendiri. Solusi itu tidak lapuk bahkan mampu membawa perubahan sebagaimana ia telah merubah wanita pada zaman jahiliah menjadi wanita yang bertamadun dan jauh maju ke depan. Ini kerana ia berasaskan manhaj rabbani yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Manhaj ini menjadi jelas bila dicungkil melalui proses sosial yang terkandung di dalam wacana hadis Nabawi. Oleh itu Model Konsepsi Tiga Dimensi Wacana Fairclough (1992) yang menggabungkan analisis sosial dengan analisis tekstual dan amalan wacana digunakan untuk membuktikan praktis sosial wanita ketika itu yang berjaya melepasi cabaran semasa dan memenuhi prinsip manhaj Islami berkenaan para wanita yang digariskan oleh al-Siba’i (1999). Ini kerana kajian sosial sahaja tidaklah mencukupi untuk mencapai kepada solusi bahkan dapatan hanya mencakupi kewujudan masalah dan cabaran golongan wanita. Resolusi daripada kajian al-Moumani (2013), Umar (2011), dan lain-lain menyatakan perlunya kembali kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tetapi tidak memberi solusi praktikal. Kajian melalui wacana hadis ini dapat memberi sumbangan dalam memperbaiki institusi sosial masyarakat dan kekeluargaan yang mencetuskan pelbagai gejala masyarakat di samping menyedarkan kepentingan bahasa sebagai satu solusi sosial. Oleh itu untuk membawa transformasi ke arah pembangunan masyarakat dan negara ialah dengan memperkasakan golongan wanita dalam menghadapi cabaran globalisasi ini.

References
1. Abu Audah, Audah Khalil. (1991). Bina’ al-Jumlah fi al-Hadith al-Nabawi al-Sharif fi al-Sahihayn. Amman: Dar al- Basyir. 2. Ahmadi, Khaulah & Sahrawi, Nazihah. (2013). Asalib Hiwar al-Rasul ma’a Zaujatihi ka Namuzaj li Tahqiq Fa’aliayatu al-Hiwar wa al-Tawafuq al-Zawaji fi al-Usrah al-Jaza’iriyyah. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan ke-2 Komunikasi dalam Kehidupan Rumahtangga, Algiers, Algeria. http://manifest.univouargla.dz/index.php/archives/archive/facult%C3%A9-des-sciences-sociales-et-scienceshumaines/ 57. 2. al-‘Aini, Badr al-Din. (1972). ‘Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari. Jilid 1. Kaherah: Maktabah Albani alHalabi. 3. al-Munjid, Muhammad Saleh. t.t. al-Asalib al-Nabawiyah fi Mu’alajah al-Akhta’. Dimuat turun pada 22 Jun 2014 daripada http://d1.islamhouse.com/data/ar/ih_books/single/ar_the_prophet_methods_for_correcting_People_mistakes.pdf. 4. al-Salih, Subhi. (2000). Mabahith fi ‘Ulum al-Hadith wa Mustolahihi: ‘Ardh wa Dirasah. Cetakan ke- 24. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin. 5. al-Shahud, ‘Ali bin Naif. 2009. Minhaj al-Rasul s.a.w. fi Tashih al-Akhta’. Pahang Darul Ma’mur. Dimuat turun pada 22 November 2014 daripada http://shamela.ws/rep.php/book/1033. 6. al-Siba’i, Mustafa. (1999). al-Mar’ah bayna al-Fiqh wa al-Qanun. Cetakan ke-7. Damsyik: Dar al-Warraq. 7. al-Tantawi, ‘Ali. (1989). Ta’rif ‘Am bi Din al-Islam. Cetakan ke-13. Kaherah: Dar al-Wafa’. 8. al-Za’biy, Muhammad Muslih. (2008). al-Hiwar al-Nabawiy ma’a al-Mar’ah fi Bina’ Shaksiyyatuha. Jordan Journal of Islamic Studies.5(3): 5315. 9. Awang Sariyan. (2007). Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik. Petaling Jaya: Sasbadi. 10. Ayub, Khalil Muhammad. (2012). Uslub al-Hiwar fi al-Hadith al-Nabawi. Damsyik: Dar al-Nawadir. 11. Al-Bukhari, Muhammad. (1997). Shahih Bukhari .Cetakan ke-5. Terjemahan H. Zainuddin Hamidy, H. Fachruddin Hs, H. Nashruddin Thaha. Klang: Klang Book Centre. 12. Fairclough, N. (1989). Language and Power. London: Longman. 13. Fairclough, N. (1992). Discourse and Sosial Change. Cambridge: Polity Press. 14. Fairclough, N. (1995). Critical Discourse Analysis: The Critical Study of Language. London: Longman. 15. Fairclough, N. (2002). Analysing Discourse: Textual analysis for Social Research. London: Routledge. 16. Fairclough, Norman. (2003). Analysing Discourse: Textual Analysis for Sosial Research. New York: Routledge. 17. Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad bin Ali. (1986). Fath al-Bari Sharh al-Bukhari. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath. 18. Ibrahim, Nasir Radhi al-Zuhri. (2008). Balaghah al-Rasul fi Taqwim akhta’ al-Nas wa Islah al-Mujtama’: Dirasah fi al-Sahihayn. Kaherah: Dar al-Basa’ir. 19. Idris Aman. (2006). Bahasa dan Kepimpinan. Analisis Wacana Mahathir Mohamad. Bangi: Penerbit UKM. 20. al-Jurjani, Abd al-Qahir. (2001). Dala’il al-I’jaz fi Ilm al-Ma’ani. Edit: Sa’ad Karim al-Faqiy. Al-Mansurah: Dar al- Yaqin. 21. Mohd Akil Muhammad Ali, Mazlan Ibrahim, Dwi Sukmanilla Sayska. (2011). Hadith “anti-wanita” berkenaan dengan Kehidupan Rumah Tangga: Kajian Kritik terhadap Feminis Liberal. al-Bayan: Jurnal al-Qur’an dan al-Hadith, 9: 135-166. 22. Mohd. Azidan Abdul Jabar. (2010). Analisis Wacana Arab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 23. al-Moumani, Insaf. (2013). Hadyu al-Nabawiy s.a.w. Fi al-Ta’amul Ma’a Zaujatihi (Aishah Ummul Mu’minin RH Namuzajan). Jeddah: King Abdul Aziz University Press. 24. Munif Zariruddin Fikri bin Nordin. (2008). Bahasa Kepimpinan Rasulullah s.a.w.: Analisis Wacana Khutbah Ghazawat al-Rasul. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya. 25. Munif Zariruddin Fikri bin Nordin. (2012). Analisis Wacana Prinsip Kesantunan Berbahasa dalam al-Quran dan Hadis. Dlm Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, Maslida Yusof (penyunting), Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 26. ‘Umar, Kawthar Muhammad. (1997). ‘Awamil Istiqrar al-Usrah fi al-Kitab wa al-Sunnah. Beirut: Dar Khudhar Li al- Tiba’ah wa al-Nashr wa al-Tawzi’. 27. ‘Umar, Mukhtar Ibrahim. (2011). al-Tariqah al-Nabawiyyah fi Halli Khilafat al-Zaujiyyah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)